Kelas Microsoft Office Power Point
4 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 3 Julai 2018, telah diadakan satu Kelas Microsoft Office Power Point yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara penggunaan Microsoft Office Power point dalam menghasilkan sebuah slide pembentangan subjek Geografi PT3. Kelas Microsoft Office Power Point ini telah bermula pada jam 3.00 petang dan telah berakhir pada jam 5.00 petang.
Di awal kelas ini, beliau telah diberikan penerangan dan pendedahan berkaitan cara untuk menghasilkan slide yang kreatif dengan menggunakan Microsoft Office Power Point. Beliau juga diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk menambah bentuk, menukarkan warna pada bentuk, meletakan teks di dalam bentuk dan menyusun bentuk dalam menghasilkan slide geografi PT3 ini. Selesai penerangan, beliau mula membuat silde dengan mengikut kreativiti sendiri. Di akhir kelas ini, beliau dapat menghasilkan slide pembentangan ini dengan kemas dan beliau dapat meningkatkan kemahiran menaip dari semasa ke semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: